Siapa Kami

Velocity Cyberhouse® dimiliki oleh ARZ Tasnim Enterprise (AS 0304272-P) ialah sebuah Pusat Internet yang terkenal di Alor Setar, Kedah terutamanya di Taman Nuri dan kawasan sekitarnya sejak tahun 2009. Kepakaran kami adalah menawarkan perkhidmatan internet yang stabil pada harga yang berpatutan iaitu serendah RM1 untuk setengah jam dan pakej 3 jam RM5.

Selain itu kami juga ada menawarkan pelbagai perkhidmatan lain untuk membantu pelanggan-pelanggan kami antaranya ialah percetakkan, scanning, laminating dan binding. Kami juga pakar dalam membaiki kerosakkan pada perisian atau perkakasan komputer.

Tenaga Kerja Kami

Firdaus
Firdaus
Seorang graduan yang berkelulusan perakauanan dan ICT, berpengalaman dalam bidang ICT sejak menuntut di IPT pada tahun 2002.
Fauzi
Fauzi
Seorang graduan yang berkelulusan dalam bidang pemasaran. Bertanggungjawab dalam hal-hal pengurusan syarikat.
Hasni
Hasni
Membantu dalam melicinkan operasi harian di premis. Juga berpengalaman dalam bidang penyuntingan grafik dan video.
Rakan Niaga
Rakan Niaga
Secara tidak langsung mereka dapat memberikan kerjasama dari segi kepakaran, sumber kewangan dan idea terutamanya melibatkan skop kerja atau projek yang lebih besar.

Pengalaman Kami

Tahun Pengalaman
Lebih Pengunjung Sejak 2009
Lebih Projek Komputer, Diskless dan ICT

Premis kami dikawalselia oleh pemilik yang juga merupakan graduan yang berpengalaman serta pakar dalam bidang ICT yang sentiasa memastikan agar segala perkakasan dan perisian ICT di premis ini diselenggara dan dikemaskini dari masa ke semasa supaya pelanggan-pelanggan kami mendapat lebih nilai apabila menggunakan servis kami.

Antara Hasil Kerja Kami

Kenapa anda perlu bekerjasama dengan kami

Sekiranya anda seorang pemodal atau pelabur yang ingin melebarkan porfolio pelaburan anda dalam perniagaan kami, kami sedia membantu anda! Antara kelebihan menjadi rakan kongsi kami:-
Sudah lama beroperasi

Sudah lama beroperasi

Syarikat yang telah beroperasi sejak 2009 berdaftar dengan SSM, mempunyai jenama atau tanda dagangan berdaftar (trade mark) (Velocity Cyberhouse) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia sebagai tanda yang kami komited untuk jangka masa panjang dalam bidang perniagaan kami dengan penjenamaan berdaftar.

100% Bisnes Nyata

100% Bisnes Nyata

100% bisnes nyata (real business), bukan MLM, bukan skim cepat kaya dan bukan jugak lain-lain skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu lumayan di luar sana. Bisnes ini juga sedia ada (established business) dan bukannya baru nak bertapak (membuka premis) atau bermula daripada kosong (zero). Dengan kata lain, ianya risiko rendah untuk anda sebab semuanya sudah sedia ada.

Tenaga Kerja Komited

Tenaga Kerja Komited

Kami terdiri daripada graduan-graduan IPT yang melibatkan diri secara sepenuh masa, berpengalaman luas serta komited dalam perniagaan ini dan juga mempunyai kelulusan dalam bidang pemasaran, perakaunan dan juga teknologi maklumat.

Manfaat Jangka Panjang

Manfaat Jangka Panjang

Selain daripada profit/(loss)-sharing yang adil dan telus, sekiranya anda lebih lagi serius serta berminat untuk membuka premis sendiri di masa hadapan dengan menggunakan jenama kami ataupun dengan jenama sendiri, kami akan memberikan tunjuk-ajar.

Kami sentiasa komited

Kami amat bersunguh-sungguh dan bersemangat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan, kerana kami suka apa yang kami lakukan sekarang, ianya bidang serta kepakaran kami!

Telus

Segala harga untuk produk dan perkhidmatan kami adalah telus dan tiada kos tersembunyi

Boleh Dipercayai

Kami adalah sebuah perniagaan berasaskan komputer dan teknologi maklumat (ICT) sejak tahun 2009 telah berjaya membantu menyelesaikan masalah pelanggan-pelanggan kami

Berpatutan

Disamping harga yang telus, produk dan perkhidmatan kami juga adalah pada harga berpatutan dan mampu dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat

Selesa

Suasana premis kami yang berhawa dingin memberikan keselesaan kepada pengunjung kami yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari pelajar sekolah hinggalah kepada orang dewasa serta warga emas