Mengenai kami

Velocity Cyberhouse ialah satu tanda dagangan milik ARZ Tasnim Enterprise (AS0304272-P) yang telah memulakan perniagaan sejak 15 Mac 2009 sebagai Pusat Internet untuk pengguna di Taman Nuri, Alor Setar, Kedah dan kawasan sekitarnya.

Selain daripada perkhidmatan internet, ia menawarkan perkhidmatan percetakkan, scanning, laminating, servis baik-pulih komputer, pemasangan networking, wifi sharing, wifi hotspot serta jualan komputer refurbished.

Disamping itu Velocity Cyberhouse juga mempunyai kepakaran dalam bidang ICT seperti membangun laman web, aplikasi web dan aplikasi mudah alih (mobile apps).

Sejak Pandemik COVID-19 tahun 2020, kami tidak lagi meneruskan Perkhidmatan Pusat Internet untuk memberi fokus kepada lain-lain perkhidmatan.

Tagline atau slogan Velocity Cyberhouse yang terbaharu ialah 'Printing and IT excellence, delivered with passion' bertepatan dengan matlamat kami untuk menawarkan perkhidmatan dengan penuh bersemangat dan dedikasi.